Kelas Asas ICT (Mencari fungsi komponen komputer secara Online)

7 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 6 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Basic ICT bermula pada jam 2:00 sehingga 5:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mencari maklumat menggunakan enjin carian. Selain itu, peserta didedahkan tentang rupa dan fungsi setiap komponen komputer yang wajib diketahui umum.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengenalan asas komponen-komponen komputer serta fungsinya. Kemudian peserta diminta mencari gambar di google.com dan gambar tersebut disimpan di desktop untuk kegunaan pada kelas akan datang. Melalui kelas ict seperti ini, peserta akan dapat mengetahui rupa dan fungsi setiap komponen komputer. Pengetahuan ini juga memudahkan petugas membuat persediaan kelas mengikut pemahaman setiap peserta yang hadir.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali